Dunia fesyen semakin menjadi lebih aneh, ini kerana kebanyakkan pakaian unik atau buruk dijual dengan harga yang super mahal sampai mencecah ribuan ringgit.

Sebelum ini pereka fesyen Christopher Kane telah mencuri perhatian penggemar fesyen di London Fashion Week 2017.

Pada ketika itu, dia berkolaborasi dengan jenama Crocs untuk mempamerkan koleksi unik karyanya, iaitu kasut tumit tinggi yang dihiasi dengan span basuh pinggan di bahagian atasnya.

Mungkin ia boleh jadi solusi untuk menghilangkan rasa sakit akibat memakai kasut tumit tinggi. Bukan itu saja, Kane pun meletakkan span di bawah tali, mungkin untuk mengelakkan jari kaki melecet.

Kini, kasut  “unik” tersebut dijual dengan harga USD$ 1,000 atau sekitar RM4,180. Tren kasut dengan span cuci pinggan ini pertama kali terlihat di pentas London Fashion Week tahun lalu.

Karya unik dari pereka yang berasal dari England ini berjaya menambat hati penggemar fesyen dan habis terjual.  Namun, jika anda mahu mendapatkannya, anda boleh saja membuatnya sendiri dengan menggunakan span dari dapur dan memasangkannya pada sepasang heel yang sudah ada. Senang kan?

SUMBERMetro.co.uk
Artikel SebelumnyaSanggup Berulang-Alik Ke Sabah, Harris Baba Akui Masih Trauma
Artikel SeterusnyaJanna Nick Dikecam Gara-Gara Kenakan Caj Berbayar Ucapan Untuk Peminat
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.