Minggu lalu nama Janna Nick terpalit dengan satu isu kontroversi mengenai bentuk fizikalnya. Tidak cukup dengan itu, semalam timbul satu lagi isu yang hangat diperkatakan di media sosial.

Janna Nick Sediakan Khidmat Berbayar Ucapan Untuk Peminat

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner menerusi Instagram nya dilihat telah membuat satu khidmat berbayar.

Bukan mengenai ulasan produk, sebaliknya dia kini membuat khidmat ucapan buat peminatnya dan ianya bukanlah secara percuma. Menerusi iklan yang dipaparkannya, Janna mengenakan caj sebanyak RM50 untuk satu ucapan beserta ‘tag’ nama peminat menerusi IG story nya.

Dikecam Gara-Gara Mengenakan Caj Berbayaran

Menerusi laman Twitter pula, rata-rata netizen mengecam tindakan Janna yang dilihat seperti agak melampau dan tidak ikhlas gara-gara mengenakan caj bayaran untuk ucapan tersebut. Adakah khidmat yang dikenakan relevan?

Terdahulu, kami sendiri pernah meminta beberapa penyanyi popular seperti Adibah Noor dan Dato Sri Siti Nurhaliza titipkan ucapan untuk seseorang namun tidak pula dikenakan bayaran. Mungkin Janna punyai alasannya tersendiri.

SUMBERInstagram Janna Nick
Artikel SebelumnyaPelik! Harga Kasut Span Basuh Pinggan Ini Mencecah Ribuan Ringgit
Artikel SeterusnyaNetizen Puji Aliff Syukri Hasilkan Lagu Nasyid Bersama Isteri
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress