Semalam Hangat.com dengan kerjasama TGV Cinemas telah mengadakan tayangan eksklusif filem seram psiko  Hell Fest bertempat di TGV Cinemas Sunway Velocity. Turut bersama kami adalah pembaca-pembaca Hangat.com yang bertuah menjadi antara yang pertama menonton filem ini.

SUSPEN! TEGANG! SERAM! PSIKO! Antara Gabungan Cerita Seram Hell Fest

Suspen! Tegang! Seram! inilah keadaan yang berlaku didalam panggung semasa berlangsungnya tayangan ekslusif filem Seram Hell Fest ini. Jalan cerita yang sangat menarik ditambah dengan babak-babak yang tidak dijangka membuatkan para penonton panas punggung semasa menonton filem seram ini.

Amy Forsyth didalam HELL FEST akan dirilis oleh CBS Films dan Lionsgate.

Tahniah diucapkan kepada produksi filem kerana berjaya membuat penonton-penonton kaget semasa menonton filem ini. Pengarah juga berjaya memasukkan pelbagai elemen didalam filem seram ini. Namakan sahaja adegan lucu, psiko, berdebar, menakutkan semuanya digarap dengan teliti dalam filem Hell Fest ini. Malah setiap wataknya juga berjaya memainkan peranan dengan baik. TAHNIAH!

Bagi kami, filem ini adalah filem seram psiko yang anda semua wajib tonton. Kami gerenti anda semua berpuas hati dan tidak akan menyesal.

Sinopsis 

Sekumpulan rakan remaja mengunjungi taman tema yang dipanggil Hell Fest. Di sana, mereka menjadi mangsa kepada seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempatnya mengganas. Dia telah menyerang sekumpulan remaja itu tetapi pengunjung lain menganggap ia hanya sebahagian daripada persembahan di sana.

Trailer 

REVIEW OVERVIEW
WAJIB TONTON!
Artikel SebelumnyaKereta Dilanggar Lori! Asyraf Khalid Kongsi Pengalaman Di Instagram
Artikel Seterusnya5 Penyanyi Didikan Pak Ngah Ini Terkejut Dengan Pemergian Allahyarham
Hilmi Hafiz
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.