Seperti yang kita tahu, sejak dilancarkan lagu terbarunya, Bobo Dimana berduet bersama Nur Sajat dan Lucinta Luna, Dato Seri Aliff Syukri teruk dikecam sehingga lagu itu turut dilabelkan sebagai lagu lucah.

Aliff Syukri Hasilkan Lagu Nasyid Bersama Isteri

Selepas menerima pelbagai kecaman dan kritikan hebat dek kerana lagu itu, terbaru usahawan terkenal ini telah melancarkan lagu terbarunya yang turut diperdengarkan menerusi laman Instagram nya.

Lagu yang berjudul Agama Kedamaian ini adalah bergenrekan kerohanian dan turut dinyanyikan bersama isterinya, Datin Seri Nur Shahida. Lagu itu mendapat sentuhan komposer dan penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun dan diinspirasikan daripada lagu Deen Assalam.

Netizen Puji Lagu Terbaru

Menerima pujian dan reaksi positif, rata-rata netizen memuji single terbaru nya itu dan mengharapkan lagu seumpama itu akan diterus dihasilkannya.

Malah netizen turut memuji kemerduan suara Shahida yang sudah sekian lama tidak menyanyikan lagu nasyid selepas menganggotai kumpulan nasyid Solehah. Tahniah buat Dato Seri Aliff Syukri!

Artikel SebelumnyaJanna Nick Dikecam Gara-Gara Kenakan Caj Berbayar Ucapan Untuk Peminat
Artikel SeterusnyaDari Air Kencing Hingga Sisa Makanan! 8 ‘Barang’ Dari Artis Ini Laris Di Pasaran
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress