Pada 5 Ogos 1962, kematian misteri salah satu bintang Hollywood yang paling terkenal, Marilyn Monroe, mengejutkan dunia.

Pada jam 3 pagi, pembantu rumah Marilyn, Eunice Murray, menyedari lampu menyala di bilik tidur Marilyn dan pintu terkunci. Dia segera memanggil psikiatri Marilyn, Dr. Ralph Greenson, yang menyuruhnya untuk melihat melalui tingkap. Marilyn terlihat terbaring di atas katilnya, ditutup dengan selimut dan memegang telefon.

Selepas Dr. Greenson tiba, dia memasuki bilik dengan memecah tingkap dan mendapati Marilyn Monroe sudah mati. Pada jam 4:25 pagi, Anggota Polis Los Angeles telah dipanggil ke tempat kejadian.

Selepas siasatan ringkas, pihak berkuasa membuat kesimpulan bahawa kematian Marilyn Monroe disebabkan oleh ubat penenang berlebihan yang dimakan olehnya dan kematiannya boleh diklasifikasikan sebagai bunuh diri.

Namun sehingga kini, banyak teori konspirasi tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada Marilyn Monroe. Berikut beberapa gambar lama yang masih di simpan sewaktu Marilyn ditemui mati.

1Tingkap Dipecahkan Untuk Memasuki Bilik Tidur Marilyn

2Bilik Tidur Di Mana Marilyn Monroe Didapati Mati

3Polis memasuki bilik tidur marilyn untuk lakukan siasatan

4Polis menunjukkan beberapa biji botol yang mengandungi pil 

5Tubuh Marilyn di temui mati tertiarap di atas katil

6Pembantu rumah Marilyn, Eunice Murray dan Norman Jeffries, meninggalkan rumah selepas kematiannya.

7Tubuh Marilyn tiba di bilik mayat pada hari yang sama

8Sehari kemudian Jenazah Marilyn dikeluarkan dari Hospital untuk pengebumian.