Selepas Bobo Di Mana, Dato Sri Aliff Syukri telah melancarkan single terbarunya yang berunsurkan kerohanian. Menariknya lagi,single berjudul Agama Kedamaian itu sebenarnya adalah paduan suara isterinya, Datin Sri Nur Shahida dan Aliff turut berduet bersama isterinya dalam lagu tersebut.

IKLAN

Netizen Dakwa Lagu Nasyid Aliff Hanya Marketing Semata-Mata

Dalam perkembangan lain, meskipun baru sahaja dilancarkan, single tersebut tidak kurang juga menerima kecaman.

Ini kerana netizen mendakwa Aliff seorang yang bijak mengatur strategi dan melancarkan lagu tersebut untuk ‘menutup malu’ nya selepas single Bobo Di Mana teruk dikecam sehingga dilabelkan sebagai lagu lucah. Malah ada juga yang menganggap, Aliff mengambil kesempatan atas kecaman tersebut untuk menarik perhatian netizen pada single Agama Kedamaian.

BACA  2 NGO Lapor Polis! Ini Reaksi Mimi Fly Terhadap Perbuatan Aliff Syukri

Trending Nombor 1 Di YouTube

Dalam perkembangan lain, hasil carian kami di YouTube milik usahawan itu, video muzik Agama Kedamaian kini trending nombor satu di YouTube dan mendapat jumlah tontonan hampir 700 ribu meskipun baru sahaja dimuatnaik.

Walaupun dikecam, ternyata ramai yang memuji keindahan lagu ini dan mengharapakan lagu seumpama ini akan terus dihasilkan oleh Aliff.