Tak semua filem boleh ditonton beramai-ramai, terutama dengan ibu bapa  anda. Mungkin anda sudah dewasa dan berhak menonton filem apa saja yang anda inginkan. Namun kadang-kadang, beberapa filem ini akan membuat suasana jadi awkward sangat. Malah ia akan membuatkan malu pada diri sendiri.

Mungkin tiada masalah bagi anda untuk menonton filem Superhero Marvel atau DC bersama ibu bapa tapi bagaimana kalau dengan 6 filem ini? Rasanya lebih baik saja anda menonton sendirian di dalam bilik!

Berikut enam filem yang kami senaraikan.

1Fifty Shade of Grey (2015)

Tak perlu lagi nak perjelaskan panjang lebar kenapa filem ini bahaya untuk ditonton bersama-sama dengan ibubapa. Adegan panas yang terlalu banyak membuatkan ia tidak sesuai ditonton bersama dengan seisi keluarga.

Sudah tentu ramai yang tahu, para pelakon dalam filem ini melakukan penyeksaan-penyeksaan sebelum melakukan adegan ranjang. Jadi lebih baik ditonton seorang diri, lebih aman.

2Gone Girl (2014)

Filem dengan genre Thriller ini merupakan salah satu filem yang sangat ditunggu-tunggu. Menerusi filem ini anda akan disajikan dengan aksi mengerikan sepert memotong leher hingga banyak babak pertumpahan darah. Ada juga beberapa babak yang menampilkan grafik yang agak panas sehinggakan anda tak senang duduk untuk menonton.

Anda dinasihati untuk tidak menonton filem ini dengan ibubapa kerana sudah pasti anda akan merasa tidak selesa jika adegan tidak senonoh itu muncul di hadapan anda.

3Magic Mike (2012)

FIlem Magic Mike merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang penari yang bekerja sebagai penghibur. Bagi para wanita, pasti anda akan rasa janggal jika melihat filem ini dengan ibu bapa anda. Bayangkan di depan anda ada deretan abang sado lalu berjoget tarian gemalai. Dijamin anda akan malu sendiri.

Jika anda lelaki, mungkin efeknya lebih dahsyat. Dah kenapa nak tengok filem lelaki-lelaki menari terlentok-lentok. Seolah-olah anda dianggap terobsesi ingin menjadi seperti mereka. Kalau nak menonton juga, jangan ajak siapa-siapa tonton sekali.

4Eyes Wide Shut (1999)

Filem ini bukanlah sebuah filem yang boleh ditonton sambil berseronok makan popcorn. Ia juga bukan sebuah filem yang sesuai untuk ditonton bersama ibubapa, meskipun anda sudah dewasa. Filem ini berceritakan tentang kehidupan pasangan suami isteri yang secara emosi sedang bergaduh antara satu sama lain.

Dalam filem ini banyak adegan seperti menyertai pesta-pesta terlarang yang agak sensitif. Jadi sangat tidak sesuai ditonton bersama ibubapa, bimbang akan memberi impak negatif

5Unfaithful (2002)

Filem ini terlalu banyak mengetengah isu-isu yang sangat racis. Penuh dengan penipuan dalam kehidupan terutamanya dalam pernikahan. Anda tak seharusnya menonton filem ini dengan ibubapa, jika tidak tak pasal-pasal anda akan dipaksa mendengar nasihat ibubapa anda tentang sebuah hubungan yang baik.

Di filem ini juga terdapat adegan ranjang yang akan membuat anda malu melihatnya. Oleh itu biarkan ibubapa menonton sendiri, atau anda tonton sendirian dalam bilik.

6Showgirls (1995)

Dari judulnya saja sudah jelas. Filem ini berkisah tentang seorang penari wanita yang seksi dan hot. Bahkan mereka rela menanggalkan pakaiannya hanya untuk mendapatkan pekerjaan dan juga wang yang banyak. Bila ada yang minat,  mereka akan disewa untuk ditiduri.

Bayangkan anda melihat filem ini dengan ibubapa anda, apa reaksi mereka? Sebenarnya filem ini bukanlah filem panas, dari sudut lain filem ini ada mesej yang baik, cuma kena fikir dua kali untuk ditonton bersama ibubapa.

Enam filem di atas sebenarnya sangat bagus. Namun beberapa konten yang disajikan masih memiliki grafik adegan panas dengan sangat jelas.  Jadi, kalau mahu lihat harus tetap hati-hati ya! Lagi-lagi dengan ibubapa.