Dari semua fesyen yang digayakan semasa “runway” sepanjang Fashion Week, model berpayudara tiga mungkin menjadi salah satu fesyen ”runway” yang pelik.

Jenama streetwear Itali GCDS telah mengayakan dua model ke “runway catwalk” dengan memakai payudara prostetik yang dapat dilihat dengan jelas di bawah baju “cropped top” yang digayakan oleh model fesyen mereka.

GCDS (God Can’t Destroy Streetwear) mengeluarkan idea iaitu mengayakan model dengan memakai satu payudara palsu tambahan di antara payudara sebenar mereka. Rasa bingung, apa motif model-model ini perlu ada 3 payudara.

Anda perlu lihat ini dengan mata anda sendiri kerana tiada perkataan yang boleh menggambarkan apakah itu fesyen di mata mereka. Enjoy!

Dalam temu bual bersama Women Wear Daily, pengarah kreatif Giuliano Calza berkata bahawa koleksi itu diilhamkan oleh idea masa depan di mana komputer tidak lagi perlu wujud, jadi masyarakat harus melihat ke belakang dan mempelajari cara untuk melakukan perkara tanpa komputer.

“Kami adalah kumpulan anak muda di sini – kami semua berada didalam linkungan umur bawah 30 tahun – dan saya mahu katakan kepada orang-orang dizaman kita tentang masa depan dan membuat mereka berfikir tentang plastik, kekurangan air dan alam sekitar,” katanya , dan saya mahu persembahan ini menjadi satu kesedaran kepada mereka “

Yeah, saya pon tak pasti apa kena mengena alam sekitar dan tiga payudara. Whatever!

SUMBERCosmopolitan
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Sharifah Sakinah Perli Janna Nick Tentang Khidmat Ucapan Berbayar?
Artikel SeterusnyaWow! Tan Sri Michelle Yeoh Bakal Hasilkan Filem Tentang Jho Low?
Hilmi Hafiz
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.