Semalam, kecoh seketika di media sosial apabila netizen mengecam tindakan selebriti, Janna Nick yang dilihat telah membuat khidmat ucapan di IG Story nya secara berbayar. Sebanyak RM50 telah dikenakan bagi setiap ucapan yang mereka ingin pelakon ucapkan di Instagram nya.

Sharifah Sakinah Perli Janna Nick?

Dalam perkembangan lain, selepas tularnya mengenai khidmat tersebut pelakon yang juga rakan kepada Janna, Sharifah Sakinah telah memuat naik sebuah video ucapan hari lahir buat Fazura. Dalam masa yang sama juga, dia dilihat membuat aksi seolah-olah memerli Janna. Namun jelas dalam video itu, Sakinah hanya mengusik rakannya itu.

Janna Punyai Tujuan Lain?

Dalam ruangan komen tersebut, segelintir netizen menyokong tindakan Janna dan memberitahu bahawa tujuan dia mengenakan bayaran untuk ucapan tersebut adalah kerana mempunyai agenda nya tersendiri dan dikatakan pendedahan tersebut akan dibuat sendiri oleh pelakon tu pada minggu hadapan.

Jika benar, sama-sama kita nantikan pengumuman tersebut daripada Janna tidak lama lagi

Artikel SebelumnyaKerana Ustaz Ini, Jenazah Abang Syahrini Menitiskan Air Mata
Artikel SeterusnyaModel Aneh Dengan Tiga Payudara Ini Buatkan Anda Bingung!
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress