Jika pada hemat anda memikirkan apakah yang patut dibuat tatkala berada di pusat percutian terkenal, Resorts World Genting (RWG) Genting Highland, Pahang sebenarnya pelbagai aktiviti boleh dilakukan meskipun taman tema nya belum dibuka sepenuhnya!

Bona Cinemas Bertaraf Antarabangsa

Salah satu nya apa kata tonton filem kesukaan anda di pawagam 6,000 kaki dari aras laut yang sememangnya beri satu dimensi lain. Mula dibuka pada 1 Disember yang lalu panggung wayang tersebut, Bona Cinemas tampil memberi keunikannya tersendiri.

Manakan tidak, francais panggung wayang terbesar di China ini telah memperkenalkan dua ciri pawagam bertaraf antarabangsa. Untuk anda yang ingin menonton filem kesukaan berskala mega mungkin boleh mencuba IMAX mereka! Pawagam IMAX ini boleh memuatkan 250 orang dalam satu masa dan direka dengan penuh keselesaan penonton.

BACA  Bakal Bercerai? Ini Status Sebenar Priyanka Chopra & Nick Jonas

D-Box Gold Class Bawa Kelainan

Nak merasai pengalaman berbeza sama seperti di dalam filem? Kami cadangkan anda untuk merasai pengalaman menonton di D-Box Gold Class mereka. Bukan sahaja tempat duduk boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda, malah anda juga bakal merasai gegaran kesan bunyi mahupun elemen mengejut di dalam filem pilihan.

Kami yang berkesempatan menonton filem Mortal Engine di pawagam ini begitu teruja dengan elemen kejutan dan gegaran yang jelas dirasai di kerusi D-Box Gold Class.

SkySymphony Tampilkan Jungle Jam

Selepas menonton filem di Bona Cinemas, jangan lepaskan peluang untuk ke SkySymphony untuk melihat Jungle Jam, sebuah Computer-Generated Animation atau CG yang dipaparkan secara langsung disini.

BACA  Netizen Sebak Tonton Video Kejutan Hari Lahir Aliff Syukri Yang Cukup Mengharukan!

Jungle Jam merupakan sebuah rancangan muzikal haiwan RWG ditayangkan di papar LED mega di SkySymphony selain dimainkan di pembesar suara yang begitu mengasyikkan. Menariknya lagi ianya boleh dilihat secara percuma tatkala anda menjejak masuk SkyAvenue dan SkySymphony juga merupakan permanent kinetic light, audio dan visual installation yang terbesar di Asia!

Jungle Jam yang berdurasi selama 5 minit ini akan ditayangkan setiap dua jam bermula pada 10 pagi hingga 12 tengah malam.