Dikurniakan rezeki dari Tuhan untuk hamil sekali lagi selepas keguguran sekitar bulan Julai yang lalu, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin teringin untuk menimang cahaya mata perempuan pula.

Menerusi akaun Instagramnya, Syatilla memohon agar peminat-peminat untuk mendoakan agar impian beliau itu termakbul satu hari nanti. Hasratnya itu mendapat reaksi positif daripada orang ramai yang turut mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

“Tlg doa adik syeriv perempuan pastu muka sama syeriv pastu rmbut lebat pastu bulu mata panjang pastu kulit sama syeriv pastu mata hijau?amin bye”, tulis Syatilla di Instagram beliau.

Syatilla dan Sam sah bergelar suami isteri pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun. Hangat.com mendoakan agar Syatilla dan Sam berbahagia hingga ke anak cucu cicit, aamiin!

Artikel Sebelumnya6 Tips Mudah Cara Berjimat Rancang Percutian Bersama Keluarga
Artikel Seterusnya[VIDEO] Awal Ashaari Mengamuk Dituduh Memakai Kasut Tiruan
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"