Terdahulu isu baju-T (T-shirt) tiruan yang menjadi bahan bualan netizen, kali ini pelakon dan pengacara Awal Ashaari sekali lagi terpalit dengan isu barang tiruan iaitu kasut pula. Isu ini menjadi panas dan perbalahan di kalangan ahli streetwear tegar.

Semuanya berpunca daripada sebuah akaun Instagram sebelum ini yang terkenal kerana mendedahkan identiti selebriti yang memakai barangan fake (tiruan) berjenama. Akaun tersebut sebelum ini yang pernah dipadam, kini kembali aktif.

Melalui kenyataan akaun tersebut, kasut yang digunakan Awal adalah tiruan kerana terdapat perbezaan di antara kasut milik selebriti itu dan juga yang asli. Namun Awal kemudiannya menyatakan bahawa dia memperoleh kasut tersebut melalui cawangan jenama terkenal itu di ibu kota sekali dengan gambar resit pembelian.

Membuatkan cerita lebih menarik, kasut tersebut sebenarnya tidak dipasarkan di Malaysia lagi, namun Awal boleh dapat pula dan dia turut berkongsi screenshot di IG Stories mengenai perbualan di antara pembeli kasut (orang tengah) tersebut.

Apa yang pasti, akaun Instagram yang mendedahkan perkara tersebut dalam masa yang sama menyatakan bahawa Awal perlu berhati-hati selepas ini mempercayai orang untuk mendapatkan kasut baru tersebut.

Isu asli atau fake ini dilihat tidak akan pernah habis kerana masing-masing dengan pendirian sendiri. Apapun Hangat.com berharap agar Awal terus bersabar dengan tomahan yang diterima, berani kerana betul, takut kerana salah kan??? Chinggggg!

Artikel SebelumnyaSyatilla Melvin & Shaheizy Sam Idam Anak Bermata Hijau?
Artikel SeterusnyaNazim Othman Belanja Gambar Separuh BOGEL?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"