Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan insiden yang menimpa dengan negara jiran, Indonesia yang dilanda Tsunami ekoran gempa bumi kuat yang terjadi di Sulawesi.

Seramai hampir 100 penduduk dilaporkan terkorban manakala jumlah mangsa yang cedera juga meningkat ke 350 orang

PU Amin Anggap Musibah Yang Terjadi Di Indonesia Kerana Maksiat

Ekoran daripada tragedi itu, pendakwah bebas yang dikenali sebagai PU Amin telah mengeluarkan pendapatnya di Twitter. Baginya, apa yang terjadi di Indonesia termasuk di Lombok adalah satu pengajaran dari Allah SWT kerana maksiat telah banyak berlaku terutamanya di kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.

Kenyataan Sensitif, PU Amin Dikecam

Namun begitu kerana kenyataan yang dikeluarkannya, rata-rata pengguna media sosial telah mengecam tindakan PU Amin yang dilihat agak menyentuh sensitiviti terutamanya buat penduduk di Indonesia.

Malah ada yang berang dengan tindakan pendakwah bebas itu yang turut memaksanya untuk memadam sahaja akaun sosial media nya.

Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, PU Amin telah memadam tweet tersebut memandangkan semakin ramai yang mengecam tindakannya.

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Nur Sajat & Safiey Ilias Kecewa Gerai Diserang Oleh NGO
Artikel SeterusnyaTukang Urut Berusia 41 Tahun Mengaku Pernah Tidur Dengan Zayn Malik
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress