Di Malaysia, baik ikon mahupun pengamal media sosial terkenal atau digelar sebagai Instafamous sering kali menjadi perhatian ramai malah begitu ramai yang ingin menjadi antara yang tergolong dalam kelompok ini.

3 Ikon Ini Mati Ditembak

Namun jika perkara ini terjadi di Malaysia, sudah pasti anda akan berfikir dua kali untuk tergolong dalam kelompok itu kerana sehingga kini seramai tiga orang ikon cantik di Iraq dilaporkan telah mati ditembak. Ini termasuklah kes terbaru pada minggu lepas, apabila Tara Fares ditemui mati dipercayai ditembak.

Tara yang mempunyai seramai hampir 3 juta pengikut di Instagram maut akibat ditembusi tiga peluru ketika sedang memandu kereta Porsche di tengah Baghdad.

Selain Tara, Rafeef Al-Yaseri yang turut dikenali sebagai Barbie of Iraq dan Rasha al-Hassan, pemilik butik kecantikan di Baghdad juga ditemui mati ditembak.

Sebab Ditembak

Persoalannya kini mengapakah mereka ditembak? Sedangkan mereka begitu cantik dan dikenali ramai! Menurut laporan dari News AU, ini adalah kerana terdapat segelintir netizen yang cemburu dengan aset yang mereka miliki, terlalu menunjuk antara punca mengapa mereka dibunuh. Menakutkan!

SUMBERNews AU
Artikel SebelumnyaPanas! Ini 5 Isu Yang Anda Patut Tahu Disebalik APM 2018
Artikel SeterusnyaBody Shaming? Netizen Anggap AC Mizal Jatuhkan Air Muka Zamani
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress