Semalam berlangsungnya Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang menampilkan penyanyi-penyanyi popular tanahair seperti Amelina, Noryn Aziz, Safura Yaakob, Mya Ruslee, Zamani, Shafie (Rio), Dia Fadilla, Farawahida, Hetty Sarlene, duo Billy Zarkarnain, kumpulan Elite dan Forteen. Pada minggu pertama ini mempertandingkan lagu dengan tema Oh Ya Ke..

Pada minggu pertama ini Zamani yang mengalunkan lagu Gerimis Mengundang memukau juri dan penonton sehinggakan mereka memberi ‘Standing Ovation’ di atas persembahannya.

Selain mendapat pujian dari juri tetap pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS dan penyanyi terkenal Datuk Khatijah Ibrahim, nampaknya juri jemputan Datuk AC Mizal turut berpuas hati dengan persembahan Zamani. Namun dari kata-kata yang dilontarkan oleh AC Mizal, ada segelintir peminat Zamani yang beranggapan ia agak kasar dan biadab.

Teguran Ac Mizal itu seolah-olah cuba menjatuhkan air muka Zamani di mana dia baru sahaja memulakan langkah baru dalam GV5. Walaupun ini sekadar gurauan, sepatutnya AC Mizal memberi komen menfokuskan kepada vokal dan persembahan bukannya kepada fizikal penyanyi itu yang terlihat kurus.

Menerusi ruangan komen pada video yang dimuatnaik di Youtube ini, AC Mizal menerima pelbagai kecaman kerana tindakannya yang dianggap ‘body shaming’ terhadap Zamani.

Teguran AC Mizal itu ada betulnya dan tidak salah cuma nak tegur orang pun ada cara. Bukannya tegur depan orang ramai. Sah-sah sedikit sebanyak ia agak memalukan.