Sebuah berita yang agak kurang baik datangnya dari bintang bola sepak ternama dunia, Cristiano Ronaldo. Sebuah media dari Jerman, Der Spigel, Ronaldo dikhabarkan telah melakukan pemerkosaan terhadap seorang perempuan yang dikenali sebagai Kathryn Mayorga, 34, pada tahun 2009 di sebuah hotel di Las Vegas.

Menurut laporan dari The SUN, penyerang Juventus tersebut khabarnya turut memberikan wang sebanyak 375 ribu dollar AS atau setara sekitar RM 1.5 Juta kepada KM sebagai wang tutup mulut.

Dipaksa Lakukan Oral Seks?

Gadis itu sendiri bertemu Ronaldo di Palms Hotel and Casino, Las Vegas pada 13 Jun 2009. Ketika itu, Ronaldo memintanya untuk menyertai teman-temannya di jacuzzi. Saat KM tengah berganti pakaian di bilik mandi, Ronaldo muncul dan memintanya untuk melakukan oral seks. KM mengaku dia menolak melakukan hal tersebut, tetapi Ronaldo menariknya ke bilik tidur dan memperkosanya.

BACA  Kereta Bugatti RM54 Juta Ini Milik Cristiano Ronaldo!

Ronaldo Tuntut Ganti Rugi

Dari pengakuan gadis ini, Ronaldo nampaknya tidak berdiam diri. Beliau telah menfailkan saman terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu itu dan pihaknya juga akan menuntut ganti rugi di atas hal itu.

Christian Schertz, jurucakap kepada Ronaldo menjelaskan bahawa berita tersebut merupakan laporan yang mencurigakan dan tak dapat diterima kerana alasan privasi.

“Itu melanggar hak peribadi klien kami, Ronaldo. (Berita) ini adalah laporan mencurigakan yang tidak dapat diterima di bidang privasi,” ujarnya, seperti dipetik dari CNN US.

Ronaldo sendiri memaklumkan berita tersebut adalah berita palsu.

“Apa yang mereka katakan ini bohong, berita palsu. Mereka ingin mendapat populariti dengan menggunakan nama saya ” ucapnya.