Bekas bintang Baywatch dan juga bekas isteri Jeremy Jackson, Loni Willison telah jatuh miskin. Menurut laporan dari Dailymail, bekas model kecergasan itu juga dilihat berjalan membawa troli seperti gelandangan.

Willison, yang telah berkahwin dengan Jackson selama dua tahun, telah kehilangan tempat tinggal dan telah kehilangan kesemua hartanya termasuk sebuah kediaman miliknya di Los Angeles.

Berikut, keadaan terbaru Wilison sebagai gelandangan.

Jackson, 37, dan Willison telah berpisah pada tahun 2014 berikutan keretakkan hubungan dengan bekas pelakon yang juga seorang kaki botol. Selain itu beliau pernah dikatakan cuba mencekik Willison di tempat tidur semasa sedang mabuk.

Keadaan bekas isteri bintang Baywatch, Jeremy Jackson itu kini berbeza 180 darjah dengan keadaan sebelum ini.

Setelah lama tidak mendengar khabarnya, netizen dihebohkan dengan cerita yang mengejutkan. Iaitu beliau telah jatuh miskin dan telah menjadi gelandangan.

Dalam foto yang disebarkan oleh paparazi, Wilison yang berambut pendek serta kelihatan berbaju lusuh dan sangat kurus itu sedang membawa sebuah troli yang penuh.

Di dalam trolinya, terdapat banyak baju-baju dan barang-barang milik wanita 35 tahun itu. Wilison yang memakai kaca mata besar seakan tidak peduli dengan sekitarnya.

Kali terakhir Wilisom menjadi topik hangat perbualan dimedia sosial adalah disebabkan status perceraiannya dengan aktor Jeremy Jackson pada tahun 2014.

Wilison yang telah bernikah dengan Jeremy di Laguna Beach, California, pada Desember 2012, dikhabarkan telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Selama pernikahannya dengan Jeremy, Wilison telah mengenali sikap panas baran artis Baywatch itu.

Bahkan, Wilison sendiri pernah mengaku nyaris dibunuh dan selalu dipukul dan dicekik oleh  Jeremy.

SUMBERDailyMail
Artikel SebelumnyaAishah Terkilan, Hadiah Tanah Lot Banglo Tak Seperti Yang Dijanjikan
Artikel SeterusnyaYuna Luah Rasa Terkilan Di Twitter Kerana Isu Ini!
Hilmi Hafiz
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.