Seperti yang kita ketahui, penyanyi Yuna begitu cenderung dalam sebarang aktiviti melibatkan kebajikan. Malah pada tahun lalu, tular di media sosial apabila Yuna menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas di Australia.

Yuna Sedih Dan Terkilan Hidupan Liar Semakin Terancam

Terbaru, menerusi laman Twitter nya, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32 meluahkan rasa sedihnya apabila melihatkan perkongsian netizen mengenai hidupan liar yang kini semakin terancam akibat diburu secara haram.

Malah menurut Yuna, isu tersebut semakin membimbangkan dan dia turut mengharapkan jika sebarang pertolongan boleh diberi.

Kerajaan Malaysia Isytihar Tahun 2018 “Tahun Perangi Jerat”

Melihatkan pada luahan pelantun Terukir Di Bintang itu, Jabatan PERHILITAN menerusi laman Twitter rasmi mereka menjelaskan kerajaan Malaysia sedang giat memulihara dan memelihara hidupan liar daripada sebarang ancaman luar.

Malah pada tahun ini juga, kerajaan telah mengisytiharkan 2018 sebagai Tahun Perangi Jerat bagi memastikan hidupan liar yang terancam tidak akan tergolong dalam kelompok haiwan yang semakin pupus dan dipergunakan oleh sindiket haram sebagai medium penjualan mereka.

Artikel SebelumnyaKasihan! Bekas Model Yang Kaya-Raya Kini Hidup Jadi Gelandangan
Artikel SeterusnyaHafiz Suip Kongsi Detik Terkandas Di Hotel Akibat Taufan Trami
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress