Untuk mereka yang tergolong dalam kelompok 90-an pasti sedia maklum mengenai filem animasi Toy Story. Bermula pada tahun 1995, filem ini ternyata begitu menggamit memori dan mempunyai pengikutnya tersendiri.

Filem Terakhir Toy Story

Setelah 23 tahun, Disney Pixar telah mengumumkan dua khabar mengenai filem ini. Dimana berita baiknya, Toy Story 4 akan ditayangkan pada tahun hadapan. Sebelum ini Toy Story telah ditayangkan pada tahun 1995, diikuti 1999 dan yang ketiga pada 2010. Namun begitu, pada 2019 anda akan menonton filem Toy Story ini buat kali terakhir kerana Toy Story 4 merupakan penamat kepada segala watak filem ini.

Tim Allen Sebak

Khabar berita tersebut bukan sahaja dirasai peminat, malah pelakon yang meminjam suaranya untuk Buzz Lightyear, Tim Allen turut berasa sebak selepas terbabit dalam filem tersebut untuk sekian lamanya.

Ketika ditanya, Tim enggan berkongsi lanjut namun menurutnya apa yang pasti Toy Story 4 bakal menyentuh perasaan setiap penonton.

Dalam perkembangan lain, di media sosial peminat meramalkan Toy Story 4 bakal menjadi filem paling sedih Disney selain dilaporkan terdapat beberapa watak penting akan mati termasuklah sahabat karib Buzz, Sherif Woody.

SUMBERThe Sun UK
Artikel SebelumnyaMahalnya! Kasut Ini Berharga Lebih Dari RM70 Juta
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Majlis Persandingan Izreen Azminda & Ude Wahid Di Villa Mewah?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress