Peminat sedia maklum mengenai pelakon Fatin Afeefa yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Adam Shahz. Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka itu hanya mampu bertahan selama tiga tahun dan pelbagai pendedahan mula dibuat oleh kedua-dua selebriti ini.

Mengaku Pernah Berkahwin Sebanyak Dua Kali

Hasil perkahwinan bersama, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia. Baru-baru ini Fatin telah memuat naik gambar anak sulungnya itu yang baru saja menyambut ulang tahun yang ke-6, namun begitu terdapat segelintir netizen yang mepersoalkan mengenai status anak sulungnya itu.

Terdahulu, Hangat.com pernah memuat naik satu artikel dimana Adam mendakwa anak sulung mereka itu sebenarnya adalah anak angkat dan bukanlah anak kandung seperti yang dilihat.

BACA  "Apa Salah Saya?" - Aliff Syukri Menangis Kes 'Dera Anak' Masuk Berita

Fatin Dedah Anak Sulung Hasil Perkahwinan Pertama

Namun begitu, menerusi ruangan komen posting tersebut, Fatin akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai status anaknya itu dimana dia akui anak sulungnya itu sememangnya anak kandungnya.

Akan tetapi, ianya bukanlah hasil perkahwinan bersama Adam, sebaliknya dia mengaku pernah berkahwin sebanyak dua kali dan anak sulungya itu hasil daripada perkahwinan pertama.

Menurut Fatin, selama ini dia tidak pernah bercerita pada umum mengenai perkahwinannya terdahulu namun kerana desakan netizen dengan pelbagai persoalan, pelakon itu akhirnya menceritakan hal yang sebenar. Meskipun begitu, peminat tetap mendoakan yang terbaik buat Fatin dan anak-anaknya dan Fatin telah menutup ruangan komen di Instagram nya.

BACA  [GIVEAWAY] Peluang Memenangi Sepasang Tiket Menonton Filem Aksi Bikers Kental 2