Pada tahun lalu, pelakon dan juga pengarah, Datuk Rafiena Ezanee Ramli telah membuat tiga tuntutan mahkamah kepada Didie Alias berhubung dengan hasil kerja Didie selaku penerbit eksekutif bagi drama Syurgaku Tak Sempurna.

Bagaimanapun menurut Didie, dia telah berbincang dengan Rafiena secara baik agar kes itu diselesaikan luar mahkamah namun, Rafiena enggan bahkan ingin terus membuat tuntutan undang-undang.

Tuntutan Mahkamah Datuk Rafiena Gagal

Terbaru, Didie meluahkan rasa gembira dan turut sebak apabila berkongsi khabar gembira di mana tuntutan mahkamah yang dibuat terhadapnya telah diputuskan gagal oleh pihak mahkamah. Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd@ Ali dilihat keluar dari mahkamah ditemani anak dan peguamnya.

Difahamkan, Mahkamah Seksyen Shah Alam telah menolak saman sivil Rafiena dan syarikat Dark Wave Picture terhadap Didie dengan kos RM10, 000.

Didie Bersyukur

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram nya, Didie menangis serta memanjat syukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya. Tambahnya lagi, dia akan berkongsi mengenai apa yang terjadi di mahkamah tidak lama lagi.

“Syukur Alhamdullillah Ya Allah. Kebenaran Terbukti. Tuntutan saman Rafiena dan Syarikatnya terhadap mummy telah diputuskan gagal oleh Mahkamah. I call it Alhamdulillah. Apa yang rakyat Malaysia selama ini berkira segalanya telah terbukti. Saya akan ceritakan kepada anda segalanya yang telah terjadi di mahkamah nanti”

Rata-rata peminat yang mengikuti perkembangan Didie memberi ucapan tahniah atas kemenangannya dalam tuntutan dibuat oleh Rafiena.

Artikel Sebelumnya[VIDEO] Kagum! Pasha Ungu Bantu Angkat Mayat Korban Tsunami
Artikel Seterusnya15 Gambar ‘Bra Peluru’ Yang Digilai Ramai Wanita Di Era 40an
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress