Buat anda yang mengikuti filem seram terkenal dari Turki, Siccin pastikan anda tidak ketinggalan menonton filem Beddua: The Curse yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam TGV berhampiran anda bermula pada 4 Oktober ini. Semalam (Selasa), Hangat.com bersama pembaca bertuah kami menjadi antara yang terawal menonton filem seram ini di TGV Wangsa Walk.

IKLAN

Elemen Mengejut Yang Ekstrem!

Seperti mahu membalas dendam dengan impak yang diperoleh Siccin sehingga tular di seluruh dunia, kali ini menerusi Beddua, pengarahnya seolah-olah  sengaja meletakkan elemen seram dan mengejut di skala paling tinggi. Pada hemat kami permulaan filem ini agak sedikit perlahan dan mula membuatkan kami mengagak filem ini tidaklah sehebat filem seram yang lain. Namun sangkaan kami ternyata meleset, apabila satu demi satu babak seram dan mencemaskan mula ditonjolkan.

BACA  Da'i Wan Tegur Netizen Gara-Gara Anggap Seungri Big Bang Sebagai Nabi Isa

Malah boleh dikatakan ‘tidak mampu bernafas’, anda akan dikejutkan pula babak seram yang lain. Dengan sinematografi nya digarap dengan baik, paduan muzik latar yang menyeramkan dan ‘jump scare’ pula diskala maksima, suka untuk kami letakkan Beddua : The Curse sebagai filem seram terbaik 2018.

Nasihat kami, pastikan anda tidak membawa kanak-kanak, tidak mempunyai penyakit lemah jantung dan yang terakhir jadikan tandas sebagai persinggahan terlebih dahulu kerana kami percaya anda tidak mahu terkucil di dalam pawagam disaat menonton Beddua: The Curse.

Sinopsis Beddua : The Curse

Filem ini mengisahkan seorang dukun yang bernama Havel juga empat gadis muda dengan sumpahan yang mengerikan. Melek, Burcu, Eda dan Ayla adalah empat kawan sekolah.

BACA  [VIDEO] "Tak Perlu Tunggu Kaya Nak Bahagiakan Ibu Bapa"- Anzalna Nasir

Satu peristiwa misteri yang menimpa Melek menyebabkan rakan-rakannya yang lain turut menerima tempias tersebut. Malah mereka turut menuduh Havel adalah punca segalanya-galanya. Pelbagai misteri terus dirasai sehinggalah pada pengakhirannya Melek telah sedar sesuatu yang menjadi punca mengapa ‘sumpahan’ tersebut terpalit pada mereka.