Semalam, kami telah memuat naik satu artikel dimana pasangan Izreen Azminda dan Ude Wahid dilihat cantik dan segak bergaya menggenakan busana pengantin seperti dalam sebuah majlis persandingan.

Hanya Lakonan

Namun begitu, terbaru menerusi sebuah video, Izreen menyatakan majlis persandingan yang diadakan di sebuah villa mewah itu hanyalah sebuah lakonan bagi merealisasikan impiannya yang inginkan sebuah majlis persandingan lengkap sama seperti pasangan raja sehari yang lain.

Tidak dinafikan segala-galanya dirancang rapi dan sempurna! Namakan saja pelamin, kad perkahwinan serta jurugambar professional segalanya telah disediakan dalam majlis ini.

Izreen Menangis Terharu

Dalam video yang sama juga, Izreen dilihat menangis terharu kerana menurutnya meskipun ianya hanyalah sebuah lakonan, namun impiannya akhirnya terlaksana juga bagi mengabdikan sebuah kenangan bersama suami tersayang.

Malah Izreen juga merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga buat mereka yang bersusah payah mengadakan sebuah majlis persandingan lengkap untuknya. Semoga berbahagia buat Izreen dan Ude!