Kerana status yang dimuat naik oleh penceramah bebas, PU Amin mnengenai isu Tsunami yang melanda negara jiran, penyanyi rap Caprice tampil membidas kenyataan itu. Kedua-duanya dikatakan saling berbalas kenyataan di media sosial bagi mempertahankan pendirian masing-masing.

Da’i Wan Harapkan PU Amin Dan Caprice Berdamai

Terbaru, melihatkan pada situasi tersebut yang semakin serius, penceramah muda Da’i Wan menasihati PU Amin dan Caprice agar berdamai. Ini kerana menurutnya, kenyataan mereka itu boleh terjerumus pada pelbagai isu selain mengharapkan kedua-duanya berdamai.

Caprice sebelum ini tidak bersetuju dengan status PU Amin berhubung bencana alam yang berlaku di Indonesia adalah berpunca dari masalah sosial masyarakat di sana.

View this post on Instagram

Towards both of you, my beloved brothes @pencetusummah_amin & @capriceofficial . Enough is enough. Bersatu kita sesama Islam, memaafkan selalu kita sesama Islam. Tersilap itu biasa, namun memaafkan kesilapan itu luar dari kebiasaan. Itulah cara Nabi kita Muhammad saw dan itulah Islam. Tunjukkan pada dunia luar. Kita bersatu bukan dalam dunia realiti sahaja, bahkan dalam medan dunia maya ini. Tetapi ingatlah selalu, ia dimulai dari kita terlebih dahulu, figure Islam yang dikenali. Maka hati-hati dengan setiap apa yang kita “Post”, kerana itu disitu ada rantaian fitnah yang boleh tercipta. . . Di sini daku tinggalkan kalam Rasul kita sebagai penutup pada nasihat ku ini. . . Sabda Nabi saw: “Aku memberi jaminan sebuah rumah dalam kebun syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan, meskipun dia benar. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang tidak berbohong walaupun sekadar bergurau. Aku juga memberi jaminan sebuah rumah di tempat paling tinggi di dalam syurga bagi orang mempunyai budi pekerti baik.” (Hadis riwayat Abu Daud). . . Yang benar, Da’i Wan.

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Caprice Mahu Da’i Wan Tegur PU Amin

Dalam ruangan komen di posting yang sama Caprice turut meminta Da’i Wan Dazrin supaya menegur rakannya dan lebih peka kepada sensitiviti masyarakat terutamanya melibatkan isu Tsunami baru-baru ini.

Rata-rata netizen turut bersetuju dan mengharapkan agar kedua-duanya berhenti mengkritik antara satu sama lain.Buang yang keruh, ambil yang jernih!

Artikel Sebelumnya[GAMBAR] Sekitar Sambutan Hari Lahir Fazura Bertemakan Kostum Unik
Artikel SeterusnyaRamai Tak Tahu, 6 Lagu Popular Ini Terang-terang Bercerita Tentang Seks
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress