Penyanyi Datuk Fazley Yaakob sentiasa mendoakan yang terbaik buat ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sebagai anak dan menantu, rasa simpati masih wujud walau apa pun berlaku.

IKLAN

Dalam pada itu Fazley, 40, berkata, biar mahkamah yang putuskan pada siapa yang salah dan berdoa semoga dipermudahkan segala urusan.

“Beliau telah ditahan, sebagai anak dan menantu kami tetap mendoakan beliau, simpati masih tetap wujud walau apa pun berlaku. Moga Allah mempermudahkan segala urusan! Yang salah tetap salah yang benar tetap benar, biarkanlah Mahkamah yang putuskan”

Dipetik dari laporan BH Online,Β Rosmah ditahan jam 3.20 petang ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini. Difahamkan, Rosmah disoal siasat berhubung syarikat subsidiari 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd dan pengubahan wang haram.

BACA  Isteri Fazley Yaakob Dedah Gaun Perkahwinan Pernah Dicuri & Dikoyak
Foto: Kosmo

Rosmah akan bermalam di SPRM hari ini dan sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok pada jam 8 pagi untuk menghadapi pertuduhan terbabit.