Sejak minggu lalu kecoh mengenai pelakon dan penyanyi Janna Nick yang mengenakan caj bayaran untuk setiap ucapan yang dilakukannya pada peminat di Instagram. Bagi setiap ucapan di Insta story, Janna mengenakan caj sebanyak RM50.

Caj Ucapan Berbayar Sebahagian Kerja Amal 

Setelah pelbagai kecaman diterima, akhirnya pelakon ini mendedahkan tujuan sebenar dia berbuat demikian. Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah binti Muner dia punyai alasan tersendiri mengapakan kenakan caj bayaran untuk setiap ucapan tersebut. Jelas Janna, ucapan berbayar tersebut sebenarnya bagi membantu orang yang leih memerlukannya di mana dia telah menubuhkan tabung Wish For Their Hope.

Hasil Pendapatan Didermakan

Tambahnya lagi, semua hasil pendapatan dari caj ucapan tersebut akan disumbangkan pada rumah kebajikan dan semalam Janna telah pun memberi sumbangan pada Rumah Kasih Nurul Hasanah, Ampang.

Meskipun dikecam hebat, bagi Janna dia merasakan inilah masanya untuk dia membantu mereka diluar sana dan mengharapkan netizen tidak terlalu mudah untuk menghukum seseorang tanpa mengetahui niat mereka melakukan sesuatu perkara.

SUMBERAstro Gempak
Artikel SebelumnyaRosmah Mansor Ditahan, Fazley Panjatkan Doa Untuk Ibu Mertuanya
Artikel SeterusnyaSiapa Sangka Pelakon Cantik Ini Sebenarnya Anak Azmil Mustapha
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress