Tampil imej seksi seperti sudah sinonim dengan penyanyi Zizi Kirana. Malah sebelum ini beberapa artikel kami mengenai Zizi juga hangat diperkatakan.

‘Aset’ Jelas Kelihatan 

Terkini, menerusi Instagram nya, penyanyi yang berasal dari Sabah ini dikatakan semakin berani memuat naik gambar-gambar seksinya di laman sosial itu. Malah ada gambar yang jelas kelihatan mendedahkan beberapa bahagian ‘aset’ nya.

Terdahulu, penyanyi yang berusia 32 tahun ini mengaku tidak kisah diperkatakan sedemikian rupa kerana itu adalah imejnya yang terkini. Malah sebelum ini, kerana imej seksinya itu Zizi, atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizi Mohd Tahil pernah menerima mesej peribadi berserta gambar kemaluan daripada seorang lelaki yang tidak dikenali di ruaangan mesej peribadi Instagram.

Seksi Kerana Sudah Tidak Laku?

Pelbagai kecaman terus diterima Zizi menerusi ruangan komen Instagram nya. Ada yang memuji dan tidak kurang juga ada yang menganggap imejnya itu hanyalah sekadar ‘marketing’ bagi mempromosikan diri dan lagu-lagunya.

Apa pun kami pasti Zizi punyai alasannya tersendiri untuk tampil sedemikian rupa.

Artikel SebelumnyaPU Amin Mahu Taja Umrah Untuk 20 Golongan LGBT
Artikel SeterusnyaMisteri 8 Bangunan Pencakar Langit Yang Ditinggalkan Kosong
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress