Parfum atau minyak wangi, merupakan campuran dari minyak esensial dan memberi aroma wangi pada tubuh manusia. Kebiasaanya parfum yang baik datangnya dari wangian bunga atau buah dan sebagainya. Tidak kisah ramuannya, asalkan ia dapat memberi wangian pada tubuh dari bau peluh.

Disebabkan ia menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian, maka terciptalah berbagai aroma parfum yang sesuai dengan selera kita. Tapi bagaimana jika wangian dari parfum itu terbuat dari bahan yang menjijikan sehingga anda tak sanggup untuk mencubanya.

Berikut ini adalah beberapa parfum dengan aroma pelik yang tak tercapai di akal fikiran anda.

1Parfum Aroma Rumah Mayat

Demeter Fragrance Library sering mengeluarkan parfum dengan aroma yang unik dan aneh. Mereka telah mengeluarkan aroma dari rumah mayat dimana ramuannya dari adalah bunga lili, bunga teluki, gladiol dan kekwa di tambah dengan sedikit aroma mahoni dan oriental sehingga menghasilkan aroma seperti dalam upacara pengebumian di suatu tempat.

2Parfume Aroma Cat Dinding

Wode paint adalah parfum unik yang di keluarkan oleh Boudicca, di mana parfum ini pada saat disembur ke tubuh atau ke baju akan berwarna seperti cat, namun lama kelaman warna tersebut akan hilang dengan sendirinya, sebenarnya parfum ini juga ada yang tidak berwarna iaitu wode scent.

3Parfum Aroma Keju

Ada sesiapa di sini pencinta keju? Pada tahun 2006 pembuat keju Stilton telah menghasilkan koleksi parfum ciptaannya. Parfum yang dikenali dengan nama ‘Eau de Stilton’ memiliki aroma unik. Wangian ini terinspirasi dari aroma tajam yang dihasilkan dari blue cheese. Meskipun aroma kejunya cukup menonjol, pada ketika ia disemburkan, parfum ini juga mengeluarkan aroma buah–buahan yang segar.

4Parfum Aroma Ganja

Cannabis Santal Eau de parfum memperkenalkan salah satu produk peliknya iaitu parfum dengan aroma daun ganja. Di mana aroma dan bau yang dihasilkan merupakan gabungan dari campuran akar pohon ganja, coklat, vetiver dan vanilla musk untuk menciptakan aroma yang terasa sangat sensual.

5Parfum Aroma Pekerja Seks Atau Pelacur

Sesuai dengan namanya “Bordello” yang dalam bahasa Malaysia bermaksud Rumah Pelacuran. Parfum ini dihasilkan dari Black Pheonix Alchemy Lab memiliki aroma seperti seorang pelacur. Menurut pengeluar yang menciptakan Bordelo, aroma ini merupakan gabungan dari bau rumah pelacuran, korset, petticoat, serta ditambah dengan aroma campuran buah plum, Eclipta alba, alcohol, dan kain satin tua, sehingga membuat orang yang memakai parfum ini memiliki aroma yang mirip dengan seorang pelacur.

6Parfum Aroma Vulva

Dipetik dari Dangerous Minds,  pengeluar wangian  “Vulva Original” mendakwa bahawa produk mereka mampu memberikan sensasi aroma lsama seperti bau vagina seorang wanita, lebih tepatnya lagi aroma vagina wanita yang cantik. Bahkan dalam bungkusannya  tertulis “Vaginal Scent” atau dalam bahasa Malaysia bermaksud aroma Vagina. Pengeluar parfum ini dibuat untuk para lelaki dan diharapakan saat mereka menggunakan parfum ini dapat meningkatkan ghairah sexual mereka.

Macam-macam kan? Mungkin pengeluar-pengeluar parfum ini sudah kehabisan idea menghasilkan aroma wangian  untukdibuat parfum, atau mereka sudah bosan dengan aroma parfum yang sedia ada. Jadi yang mana satu pilihan anda?

Artikel SebelumnyaMisteri 8 Bangunan Pencakar Langit Yang Ditinggalkan Kosong
Artikel SeterusnyaInilah Wajah Terkini Pelakon Shaolin Popey Selepas 24 Tahun!
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.