Dua hari yang lalu, negara digemparkan dengan tragedi yang menyayat hati dimana enam anggota bomba dilaporkan terkorban dalam satu insiden menyelamatkan seorang remaja yang lemas di sebuah lombong.

Terkorban Kerana Pusaran Arus Deras

Operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir itu bertukar tragedi apabila enam penyelam bomba yang terbabit dalam pencarian itu juga lemas akibat terbelit tali di dasar. Kejadian yang dipercayai berpunca daripada pusaran arus deras berpunca daripada hujan lebat yang mengalir ke kawasan tumpuan operasi yang sedang dijalankan oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Shah Alam itu.

10 Selebriti Turut Berduka

Anggota bomba yang terkorban ketika bertugas itu terdiri daripada Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. Tragedi yang menyayat hati itu ternyata membuatkan seluruh negara turut berduka. Malah selebriti-selebriti tanah air juga turut bersimpati serta titipkan ucapan takziah mereka buat ahli keluarga perwira negara itu. Hangat.com rangkumkan antara 10 selebriti carian kami mengenai ucapan mereka buat 6 anggota Bomba yang terkorban. Al-Fatihah

Shaheizy Sam

‘Semoga Allah tempatkan Allahyarham di Syurga. Takziah saya ucapkan pada seluruh keluarga, semoga Allah membela nasib dan segala urusan anda semua dipermudahkan. Saya doakan semoga Allah menjauhkan apa sahaja bentuk musibah dari kita semua, terutama anggota-anggota  beruniform yang berkhidmat demi kebaikan kita semua. Amin’

Siti Elizad 

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Aamiin Ya Rabbal A’laamin. Al-Fatihah.. Salam takziah buat semua keluarga mangsa. Truly malaysian heroes”

Mimi Fly

“Selamat kau pergi. Selamat kembali. Dengan hati suci dan tak takut mati. Al-Fatihah… #pahlawanku#namamutetapdikenang#sebagaiaskarberjuang” 

Sharnaaz Ahmad

“Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dgn mereka, dan mereka adalah yang terbaik dalam unit di air malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yang sangat terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan.. tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka..

Saya sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. semoga Allah luaskan kubur mereka, dan jadikan kematian ini syahid yg paling indah buat ke enam enam hero sebenar Malaysia.@jabatanbombadanpenyelamattelah kehilangan asset paling besar negara.. “

AG Kool FM

“Moga roh wira negara dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kekasih Allah.. .
Al Fatihah… “.

Mark Adam

” this isnt just a role, this is a responsibility… if you only know what these men and women are made of “

Sheila Rusly

” Semarakkan malam jumaat dengan bacaan yasin untuk wira-wira negara yang telah terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Salam takziah dari sis & family. Alfatihah..
#salute #wiranegara #sentiasabersyukur#alhamdulillah “

Erra Fazira

“Innalillahiwainnailaihirojiun..Terima kasih perwira kami.. pengorbanan mu akaN dikenang selamanya.. .Sesungguhnya tempat kalian sangat mulia disisi Allah. Berdamailah dengan tenang disana..

Salam takziah buat seisi keluarga.. Marilah kita sama2 hadiahkan Al-Fatihah buat mereka yang terkorban. Juga tidak lupa kepada saudara kita di Sulawesi.. Moga Allah lindungi kalian disana.. ?? .AL- FATEHAH..”

Nora Danish

“Innalilahiwainnalilahirojiun. My heart and my condolences go out to the families , friends & colleagues of the firefighters lost in the line of duty yesterday, as well as to the entire Malaysia Fire & Rescue Department.  This terrible tragedy reinforces how we must be grateful every single day for the brave men and women who put themselves in danger day in and day out to keep us safe. Al Fatihah. Tenang la kau di sana. Our Heroes. U will always remembered”

Dato Seri Siti Nurhaliza

“Takziah buat seluruh ahli keluarga pasukan penyelamat, moga jasa bakti mereka diangkat menjadi amalan terbaik di sisiNya. Amiin”