Pada konsert pembukaan Gegar Vaganza 5 minggu lalu, pengacara Nabil Ahmad sempat berseloroh dan menjadikan selebriti Jaafar Onn sebagai bahan jenaka.

Nabil Dakwa Jaafar Onn Sudah Beberapa Kali Sertai Ujibakat Astro

Menurut Nabil dalam selorohnya itu, dia menyatakan Jaafar telah beberapa kali menghadiri sesi uji bakat pertandingan nyanyian anjuran Astro termasuk Kilauan Emas dan GV, namun tidak berjaya. Meskipun hanya sekadar berjenaka, ternyata ianya telah menyebabkan Jaafar terkilan dengan kenyataanya itu.

Jaafar Onn Sifatkan Nabil Sebagai Kurang Ajar

Dalam perkembangan lain, Jaafar menerusi akaun Facebook nya telah meluahkan rasa tidak puas hati pada pengacara itu selain menyifatkan sikap Nabil sebagai kurang ajar.

Rata-rata pengikutnya turut tidak bersetuju dengan apa yag dilakukan Nabil selain yang menyarankan agar Jaafar mengambil tindakan undang-undang ke atas Nabil sebagai satu pengajaran.

SUMBERFacebook Jaafar Onn
Artikel SebelumnyaIntan Najuwa Terpalit Isu Dadah? Ini Penjelasan Lanjutnya
Artikel Seterusnya10 Selebriti Turut Berduka Dengan Tragedi 6 Anggota Bomba Yang Terkorban
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress