Empat tahun laluDatuk Awie telah dihadapkan ke mahkamahan atas beberapa pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Rozana Misbun yang ketika itu isterinya.

IKLAN

Derita Rozana Terbalas

Kini, penderitaan yang ditanggung Rozana  itu terbalas apabila dia menerima ganti rugi berjumlah RM80,000 dalam saman sivil terhadap Awie. Mahkamah Sesyen di Shah Alam telah memerintahkan Awie membayar ganti rugi am sebanyak RM30,000, ganti rugi teruk sebanyak RM50,000 dan kos sebanyak RM10,000 kepada pihak Rozana.

Tuntutan Termasuk Kos Perubatan Dan Malu

Antara saman sivil yang difailkan oleh Rozana yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun adalah untuk perbuatan tort hentaman (baterei), ganti rugi untuk kecederaan-kecederaan yang dialami oleh Rozana yang mana antaranya adalah keretakan pada bahagian tulang rusuk ke sembilan dan ke-sepuluh, lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri,lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung.

BACA  Aktor Billy Porter Hadir ke Oscar 2019 Dengan Gaun Kembang

Selain itu, tuntutan tersebut juga meliputi penderitaan yang dialami Rozana antaranya luka, lebam, sakit, kesengsaraan dan kesukaran untuk bernafas termasuk kos rawatan di hospital dan juga malu yang terpaksa ditanggung oleh Rozana. Diharap selepas ini hubungan kedua-duanya dalam baik dan lupakan segala persengketaan yang berlaku sebelum ini.