Ayda Jebat menyifatkan kemenangan lagu ‘Mata’ sebagai Lagu Terbaik Malaysia di majlis Anugerah Planet Muzik 2018 (APM2018) berlangsung di Singapura, sebagai pembakar semangat dan menebus kesedihan sebelum ini. Dipetik dari Mstar Online, walaupun Ayda sudah melupakan kekecewaan kerana tewas sebelum ini, namun dia sedar Tuhan telah aturkan jalan dan orang luar lebih menghargai lagu tersebut.

Ayda berbangga kerana berhasil menunjukkan lagu ini mampu berjaya malah dia percaya kekalahan sebelum ini tak bermaksud ia kalah untuk selamanya.

Ayda sendiri tak sangka dari 3 lagu yang dihantar, pihak juri telah memilih lagu Mata sebagai yang terbaik.

“Sejujurnya, saya hantar tiga lagu untuk diadili iaitu Mata, Bagaikan Pelangi dan Pinjamkan Hatiku, tapi tak sangka lagu ini yang dipilih sampai saya tertanya kenapa Mata?

OPPO F9 Staryy Purple

Mengenai perkembangan terbaru Ayda, dia telah dipilih sebagai duta OPPO F9 Staryy Purple. Untuk keluaran kali ini juga, OPPO berkolaborasi bersama jenama kosmetik antarabangsa, Shiseido.

Kerjasama ini telah menghasilkan kotak edisi terhad bagi rona terbaharu F9 dan juga didatangi dengan gincu Shiseido bermodel Rouge dalam rona Primerose Sun bernilai RM108 .

Malah pelanggan yang membeli kotak edisi terhad ini juga berpeluang untuk mendapatkan servis solekan flash yang direka secara ekslusif bagi OPPO F9 Starry Purple.

OPPO F9 didatangkan dengan ciri OPPO VOOC flash charge yang mampu memberikan waktu berbual dua jam dengan pengecasan lima minit. F9 juga dilengkapi dengan dwi kamera belakang Al-enhanced ( 16MP+2MP). Jika anda berminat, OPPO F9 x SHISEIDO STARRY PURPLE boleh ditempah bermula 3 hingga 5 Oktober di laman web Lazada.