Tidak dinafikan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza sememangnya disayangi ramai. Dengan kelunakan suara serta sikapnya yang lemah lembut dan peramah membuatkan figura ini begitu senang didekati peminati di pelbagai pelusuk negara.

5 Perihal Hangat Mengenai Siti Nurhaliza Di ASEAN Japan Music Festival 2018

Untuk anda yang tidak tahu, Siti kini berada di Tokyo, Jepun yang terlibat secara langsung dalam ASEAN Japan Music Festival 2018. Sepanjang penyanyi ini berada di sana, peminat-peminat sibuk memperkatakan sesuatu mengenainya. Ada apa ya? Hangat.com rangkumkan 5 trivia menarik mengenai Siti di Tokyo!

1Bawa Anak Dan Suami Bersama

Perjalanan Siti ke Jepun tidaklah keseorangan. Selain disertai selebriti ASEAN, Siti juga ditemani suami, Dato Sri Khalid Muhd Jiwa dan anak kesayangan mereka, Siti Aafiyah.

Menariknya lagi, menurut Siti di Instagram Aafiyah langsung tidak meragam sepanjang berada dalam kapal terbang manakala Dato Seri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K sanggup mendaki 88 anak tangga mendukung Aafiyah bagi bersama-sama Siti dalam sebuah penggambaran di sana. Comelnya mereka!

2Satu-Satunya Wakil Malaysia Ke Jepun

Lebih membanggakan, penyanyi ini merupakan satu-satunya wakil Malaysia ke sana dan turut membuat persembahan bersempena ulangtahun yang ke 45 hubungan ASEAN-Jepun. Pada 2013, Siti juga mewakili Malaysia untuk majlis yang ke sama pada ulangtahun persahabatan negara-negara ASEAN yang ke 40.

  • Siti Nurhaliza (Malaysia)
  • w-inds. (Japan)
  • Kanjani8 (Japan)
  • Nogizaka46 (Japan)
  • Natsuko Godai (Japan)
  • Ryuji Imaichi (Japan)
  • Hiroomi Tosaka (Japan)
  • Ryotaro Sugi (Japan)
  • Taufik Batisah (Singapore)
  • Sarah Geronimo (Philippines)
  • Dong Nhi (Vietnam)
  • Fakhrul Razi (Brunei)
  • Andine (Indonesia)
  • Tachaphon Pholkongseng (Thailand)
  • Preap Sovath (Cambodia)
  • Alexandra Bounxouei (Laos)
  • Sai Sai Kham Leng (Myanmar)

3Menyanyikan Lagu Mirae

Dalam ASEAN Japan Music Festival 2018, dikhabarkan giliran Siti adalah yang kedua dan turut menyanyikan beberapa hits Medley miliknya dan Mirae. Meremang bulu roma kami mendengar kelunakan suara Siti!

4Gambar Siti Bersebelahan Ahli Kumpulan Nogizaka46 Jadi Perhatian

Sebagai kenang-kenangan, sudah semestinya kesemua penyanyi-penyanyi ini mengambil gambar bersama. Kelihatan ikon Malaysia ini berdiri bersebelahan salah seorang ahli kumpulan penyanyi wanita terkenal Jepun, Maiyan dari Nogizaka46.

Tampil menawan, gambar tersebut turut menjadi bualan hangat netizen di media sosial. Terbaiklah Tokti!

5Siti Nurhaliza Mempunyai Pengikut Paling Ramai Di Instagram!

Benar! Diantara kesemua 17 penyanyi yang membuat persembahan di acara berprestij itu, Siti Nurhaliza merupakan penyanyi yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram yang berjumlah 5.5 Juta pengikut. Info menarik! Pengurus yang juga kakak ipar kepada Siti yang dikenali sebagai Rozi Sang Dewi juga mempunyai pengikut yang tinggi mengalahkan sesetengah selebriti di Malaysia. Apa pun siapa penyanyi nombor satu negara? Benar, the one and only…