Semalam, filem Venom telah pun memulakan tayangannyaa serentak di seluruh pawagam tanah air. Menampilkan Tom Hardy sebagai pelakon utamanya, untuk yang anda tidak tahu Venom bukanlah dikategorikan sebagai adiwira mahupun jahat. Ianya bergantung pada siapa Venom menumpang badan. Untuk fahami dengan lebih lanjut anda perlu menonton Venom dan boleh dikatakan Venom kali ini ianya lebih ke arah seorang hero!

Tidak Setanding Filem Marvel Yang Lain?

Satu perkara yang anda perlu tahu, kebanyakan watak-watak adiwira terkenal sebenarnya mempunyai hak milik syarikatnya tersendiri. Selain Marvel dan DC, Sony juga mempunyai hak penuh atas adiwira mereka. Sebagai contoh, Venom yang sebenarnya adalah milik Sony, namun bagi filem ini mereka menjalinkan kerjasama dengan Marvel sebagai filem pertama mereka yang dikenali sebagai Sony Marvel Cinematic Universe (SMCU).

Namun begitu, suka untuk kami bandingkan Venom dengan filem Marvel yang lain memandangkan jenama ini sememamngya terkenal dengan pelbagai adiwira.

Untuk Venom, permulaan filem agak sedikit perlahan barangkali kerana ingin menceritakan bagaimanakah Venom wujud. Namun begitu, pada pertengahan filem ini, Venom mula ‘mengganas’ dengan memaparkan kehebatannya tersendiri. Jika dibandingkan dengan filem Marvel yang lain, tidak dinafikan ianya tidak boleh tandingi francais filem yang lain. Tetapi kami percaya sekualnya yang akan datang, Venom bakal terhasil dengan lebih baik.

Spoiler Alert!

Pada permulaan filem ini, negara Malaysia terutamanya negeri Sabah menjadi pilihan penggambaran Venom. Selain dari menunjukkan salah sebuah lokasi di Sabah, beberapa adegan dalam Bahasa Melayu turut dipaparkan. Bangga sebentar! Perlu diingatkan pada pengakhiran filem ini akan terdapat dua post credit yang akan menunjukkan sekual dua filem terbitan mereka.

Sinopsis Venom

Eddie Brock merupakan seorang wartawan yang telah membongkar kegiatan haram Life Foundation milik Carlton Drake. Ketika siasatan dijalankan, Eddie telah diserang oleh salah satu bahan eksperimen Carlton lalu merasuk badan Eddie yang dikenali sebagai Venom.

Penuh dengan kekuatan luar biasa, baik Eddie mahupun Venom kedua-duanya mempunyai masalah identiti namun dalam masa yang sama tetap ingin membongkar niat sebenar musuh mereka.

REVIEW OVERVIEW
Memuaskan
Artikel Sebelumnya5 Fakta Unik Siti Nurhaliza Di ASEAN Japan Music Festival 2018
Artikel Seterusnya[VIDEO] Trending! Lagu ‘DDU-DDU DDU-DDU’ Black Pink Versi Dangdut
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress