Isu rantai berlian palsu melibatkan penyanyi Aishah dan Datuk Seri Vida (DSV) masih lagi berterusan nampaknya.

IKLAN

Sebentar tadi Juara Gegar Vaganza musim ke-4 ini mengadakan sidang media untuk Kes Tuntutan Sivil terhadap DSV.

Foto: Hlive

Menerusi sidang media tersebut, penguam yang dilantik, Mohammad Izwan Bin Azmi mengisukan satu Surat Tuntutan bertarikh 4 Oktober 2018 sebagai tindakan terkini untuk menuntut daripada DSV seperti seutas rantai berlian asli dengan nilai setara dengan RM80,000.00 seperti yang direpresentasi dan dihebohkan oleh DSV sebelum ini.

Selain itu, Aishah mahu permohonan maaf secara terbuka kepadanya diatas representasi salah yang telah dibuat dan dihebohkan berkenaan dengan Rantai Berlian tersebut.

View this post on Instagram

Banyak sebenarnya video yg kami rakam dan belajar mengenai intan permata.Tapi panjang ceritanya..tapi inilah hasil penyelidikan rasmi dari gemotologist yg bertauliah.Sebagai orng ditipu I rasa tertekan bila org.kutuk tak tentu pasal.Inilah dia penilaian dari gemotologist bertauliah.Utk.menjawap kata2 yg mengatakan I tak faham susut nilai berlian dan mengatakan I tipu dan hanya ingin mengaibkan orang.Bcalah report ini baik2.DSV,I keluarkan ini bukan nak aibkan you,cuma I minta janganlah buat kami golongan artist begini.Ye mungkin Allah bagi you jadi kaya raya tapi itu tak membenarkan you menipu kami.I tak nak apa2 dari you,sekadar mohon maaf di atas penipuan ini.Simpanlah La Vida coin you tu.Jangan ingat org yg tak kaya mcm I tak ada maruah.

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Sebelum ini,Β menerusi akaun Instagram Aishah, beliau sudah menyertakan beberapa bukti mengatakan hadiah barangan kemas itu yang dikatakan bernilai RM80,000 itu adalah palsu. Malah, penyanyi itu turut menyertakan laporan pakar permata ( gemotologist) yang menilai ketulenan hadiah yang diberikan oleh DSV itu.

BACA  Zarina Anjoulie Buka Tembelang Kecurangan Nastaha Hudson Dengan Bekas Suami?