Nama penyanyi Dato Seri Siti Nurhaliza bukan asing lagi dalam industri seni nyanyian tanah air. Karya seni suara penyanyi nombor 1 Malaysia ini tidak pernah mengecewakan peminat. Setiap kali mendengar suara beliau, masih teringat lagu Aku Cinta Padamu yang menjadi hits pada tahun tahun 1997.

Terbaharu, Dato Siti kembali dengan single terbaharunya berjudul Anta Permana, hasil ciptaan dua komposer muda, Hael Husaini dan Ezra Kong. Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu Klasik yang membawa maksud tidak terkira atau infiniti.

Tetapi muzik video lagu tersebut seakan mendapat kritikan dari netizen yang berpendapat video klip ini kurang menarik seperti video-video klip Dato Siti sebelum-sebelum ini. Ramai juga yang mengecam muzik video Anta Permana ini, apa pula pendapat pembaca Hangat.com pula ?

Muzik video yang dilancarkan pada 4 Oktober lalu menerusi saluran akaun DatoSNurhalizaVevo telah mendapat lebih kurang 415 ribu tontonan di laman Youtube. Turut mendapat 27 ribu tanda like dan 576 tanda tidak suka.

Ramai juga yang memuji muzik lagu Anta Permana ini dan seiring dengan suara lunak Dato Seri Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen kurang gemar dengan hasil video klip ini. Mereka meluahkan pendapat bahawa kewujudan penari-penari itu tidak sesuai untuk diletakkan dalam visual itu.

Adakah ini disebabkan muzik video ini dirakamkan atau dikaryakan di Malaysia? Ini disebabkan banyak video klip lagu Dato Siti sebelum ini mendapat sentuhan idea dari negara seberang, Indonesia?

Bagi Hangat.com pula, agak amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Tetapi untuk setiap perkara yang kita lakukan, sudah tentu ada ruang untuk penambahbaikkan pada masa akan datang, in shaa Allah.  Tahniah Dato Siti atas hadiah lagu Anta Permana untuk peminat.
SUMBERYoutube
Artikel SebelumnyaDugaan Tidak Henti Yang Menimpa Farid Kamil & Diana Danielle!
Artikel SeterusnyaPesanan Aliff Syukri Sebelum Meninggal Dunia?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"