Semalam, pengusaha kosmetik yang terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagramnya telah berkongsi foto zaman mudanya.

Di ruangan kapsyen pula, kelihatan seperti penaja utama Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) itu memberikan bayangan sesuatu kepada netizen. Perkongsian Datuk Aliff itu turut mendapat respon positif netizen.

“Ketika umur saya 15 tahun di pondok pasir tumbuh… sebelum saya mati saya akan ke pondok balik dan kembali pada asal saya,” tulisnya untuk kapsyen gambar tersebut.

Datuk Aliff menimba ilmu di sekolah pondok di Pasir Tumbuh, Kelantan selama tiga tahun (tingkatan dua hingga empat), dan sekolah tersebut hanyalah sebuah sekolah pondok terpencil dan daif.

Nasihat dari Hangat.com, sebagai umat Islam kita semua wajib ingat bahawa mati itu pasti dan sama-samalah kita saling ingat-mengingati. Diharap Datuk Aliff mendapat hidayah yang diingini, in shaa Allah.