Jika sebelum ini ramai yang mengkritik Fattah Amin mempunyai suara yang sumbang dan tidak boleh menyanyi, namun tomahan yang diterima tidak mematahkan semangat pelakon sensasi ini untuk muncul dengan single baru berjudul ‘Isterimewa’. Wahhh hebat tajuk lagu, mesti isteri Fattah terharu.

Kali ini, cara nyanyian Fattah menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini. Rata-rata netizen memuji betapa merdu dan sedapnya suara Fattah sesuai dengan melodi lagu yang dicipta oleh Mel Ramlan. Penghayatan Fattah ketika menyanyikan lagu tersebut juga amat baik sekali sehingga berjaya mencuri tumpuan ramai.

View this post on Instagram

Assalamualaikum semua..Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan Ilham dariNya. Malam ini saya dapat kongsikan akustik teaser ‘ISTERIMEWA’ hasil ciptaan sepenuhnya oleh sahabat saya @melramlan . . . Lagu ini mengisahkan luahan ikhlas isi hati seorang lelaki yang ingin menjadikan wanita istimewa dalam hidupnya sebagai isteri, untuk para lelaki di luar sana, saya cabar anda untuk tag bakal isteri anda untuk dengar lagu ini. 😉 . Versi akustik ini adalah TEASER kepada single terbaru saya, 'ISTERIMEWA' yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. . . Untuk mendengar full version ‘ISTERIMEWA’ versi akustik ini anda boleh click link bio di atas sekarang. Terima kasih di atas sokongan peminat-peminat saya yang sentiasa ada di hati saya. Anda semua terlalu istimewa bagi saya. Terimalah… . #Isterimewa @universalmuzikmy

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on

Difahamkan, lagu Isterimewa adalah luahan cinta dan kasih sayang Fattah buat isteri tercinta yang cukup sempurna dan istimewa.

Tahniah dari Hangat.com kepada Fattah yang menjadikan setiap kecaman dan kritikan sebagai pembakar semangat untuk beliau memperbaiki kelemahannya sebelum ini. BRAVO!

Artikel SebelumnyaPesanan Aliff Syukri Sebelum Meninggal Dunia?
Artikel SeterusnyaHantu Kak Limah Naik ‘Race VR Coaster’ di LEGOLAND?
Konsert, Muzik, Filem dengan hidupku umpama "bila bunyi bersatu kau milikku!"