Kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke 31 semalam menyaksikan keputusan yang mengejutkan di mana penyanyi Wany Hasrita muncul sebagai Bintang Paling Popular edisi kali ini. Meskipun begitu, kemenangan Wany semalam seperti sudah dijangka oleh kami di Hangat.com. Bukan kerana ‘taktik kotor’ atau seangkatannya namun ini antara sebabnya!

4Peminat Tidak Putus – Putus Mengundi Dan Mempromosikan Wany Hasrita

Benar! Sejak diumumkan sebagai calon yang akan bertanding dalam ABPBH, peminat-peminat Wany tidak putus-putus mempromosikan dan meraih undi untuk penyanyi kesayangan mereka. Malah hasil tinjauan kami, terdapat segelintir peminat Wany sanggup memadam kesemua gambar peribadi mereka di Instagram dan memuat naik gambar undi Wany.

3Peluang Menerusi Kemenangan Penyanyi Wanita Paling Popular

Di saat Wany Hasrita diumumkan sebagai penyanyi wanita paling popular mengalahkan 4 penyanyi wanita yang lain, kami dapat merasakan Wany mempunyai peluang yang cerah meskipun saingan untuk kategori utama itu barangkali milik Khai Bahar ataupun Fattah Amin yang masing-masing mempunyai pengaruhnya tersendiri. Siapa sangka, akhirnya trofi yang diidam-idamkan itu kini milik penyanyi wanita berusia 26 tahun ini.

2Ramalan DBilique Tepat!

Sewaktu slot Hangat.com bersama DBilique tempoh hari, Wany telah dijemput sebagai artis undangan dan ketika itu, Faizal Ismail dan Fara Fauzana sempat berseloroh pada Wany untuk berlatih memberikan ucapan sebagai Bintang Paling Popular. Ternyata ‘masin’ mulut mereka kerana Wany telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular!

View this post on Instagram

BINTANG PALING POPULAR ABPBH 31 – WANI HASRITAAAAAAAA!!! 👏💃 . Tak sangka Min dari ucapan suka2 masa #dbiliquekeluarbilik hari tu kini menjadi kenyataaannn.. TAHNIAH @wanyhasnizers 💃💃💃💃💃💃💃💃 . Min nak ucapkan tahniah juga kepada semua pemenang2 mlm ni .. 👏👏👏👏👏 . Artis Baharu Lelaki Popular- Fendy Bakry Artis Baharu Wanita Popular- Farah Nabilah Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular-Syamel & Ernie Zakri Penyanyi Lelaki Popular- Khai Bahar Penyanyi Wanita Popular- Wany Hasrita Pelakon Filem Lelaki Popular-Zul Ariffin Pelakon Filem Wanita Popular-Emma Maembong Pelakon TV Lelaki Popular-Fattah Amin Pelakon TV Wanita Popular-Fazura Pengacara TV Popular- Neelofa Penyampai Radio Popular-Haziq HotFM Artis Komedi Popular-Zizan Razak . Tak sabar nak tunggu update dari @hangatmalaysia . #dbilique #dbiliquekeluarbilik #abpbh31 #dariucapansukasukajadinyata

A post shared by DBILIQUE (@dbilique) on

Selain Wany, antara artis undangan D’Bilique yang turut memenangi anugerah dalam acara tersebut adalah Syamel dan Ernie Zakri menerusi duo/artis berkumpulan paling popular dan Farah Nabilah yang memenangi anugerah artis baru wanita popular. Tahniah diucapkan!

1Dipuji Ramai Penyanyi Senior

Melihatkan bakat serta perwatakannya yang peramah dan rendah diri, ramai penyanyi senior memuji akan kebolehannya.

Malah Dato Sri Siti Nurhaliza turut menamakan Wany sebagai penyanyi baru yang berbakat besar dan berpotensi untuk pergi lebih jauh.

Artikel SebelumnyaHantu Kak Limah Naik ‘Race VR Coaster’ di LEGOLAND?
Artikel SeterusnyaPeminat Anggap Hal-hal Ini Punca Utama Safura Tersingkir Dari GV5
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress