Semalam, di susur masa media sosial hangat memperkatakan mengenai sebuah video seorang lelaki yang menunjukkan beberapa aksi lucah kini tersebar luas.

Wajah Seiras Ammar Alfian

Lebih mengejutkan, netizen mendakwa lelaki tersebut adalah pelakon yang kini popular dengan filem Paskal, Ammar Alfian. Dalam video berdurasi 23 saat itu memperlihatkan seorang lelaki berseluar pendek biru menunjukkan aksi lucah selain pada penghujungnya menunjukkan muka seiras pelakon tersebut.

Mahu Jatuhkan Reputasi Ammar?

Seperti sebuah ‘simptom’ setiap kali selebriti kian meniti nama dalam industri,akan ada segelintir yang cuba jatuhkan reputasi mereka dan nampaknya nasib yang sama juga terpalit pada Ammar.

BACA  Hairul Azreen & Ammar Alfian Kongsi Pengalaman Jadi Sasaran Lanun

Terdahulu, antara selebriti yang menjadi mangsa isu yang hampir sama adalah Syafiq Kyle, Zul Ariffin dan yang terbaru Aeril Zafrel. Sehingga kini tiada penjelasan lanjut dari Ammar dan kami akan cuba mendapatkan maklum balas pelakon ini mengenai video yang tersebar.

Artikel SebelumnyaPeminat Anggap Hal-hal Ini Punca Utama Safura Tersingkir Dari GV5
Artikel SeterusnyaTidak Pernah Patah Semangat, Andi Bernadee Mohon ‘Satu Peluang’
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress