Belum pun reda isu melibatkan namanya suatu ketika dahulu, kali ini nama Fathia Latiff sekali lagi hangat diperkatakan. Jika dahulu, pelakon ini pernah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sebuah stesen televisyen swasta popular, kini isu yang sama melibatkan stesen televisyen tersebut dan Bintang Paling Popular ABPBH 31, Wany Hasrita.

Tidak Dapat Jemputan Ke ABPBH Punca Mengamuk?

Menerusi Instagram nya, Fathia telah menulis sesuatu sehingga bahasa yang digunakannya dilihat sebagai kasar dengan menyebut nama seorang wartawan hiburan. Dikatakan pelakon ini mengamuk kerana hanya menerima jemputan menerusi wartawan hiburan itu dan dianggap seperti tidak rasmi. Malah dalam kenyataanya yang sama juga, Fathia kononnya telah mempertikaikan kemenangan dan memerli Wany sebaik diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.

Netizen Mula Bosan Dengan Fathia

Melihatkan pada kenyataannya itu yang tidak lama kemudian dipadam dari Instagram nya, rata-rata netizen sudah mula bosan dengan sikap pelakon ini.

Malah ada juga yang menganggap Fathia mempunyai masalah mental yang serius kerana seringkali menunjukkan sikapnya yang agak luar biasa kebelakangan ini. Diharap Fathia berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Rindu pula untuk tonton drama lakonannya!

Artikel SebelumnyaTidak Pernah Patah Semangat, Andi Bernadee Mohon ‘Satu Peluang’
Artikel SeterusnyaKahwin Sekadar Gimik? Zulin Aziz Perjelaskan Keadaan Sebenar
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress