Sejak jadi penaja program Gegar Vaganza selama dua musim di stesen Astro nama Dato’ Seri Vida ini popular. Dari aksi suka ketawa dan mulut lasernya membuatkan sebahagian daripada kita tak berapa suka.

Vida juga tidak terlepas daripada ‘haters’ yang sentiasa memberikan komen negatif terhadap apa jua yang dilakukan walaupun dia berhabisan wang menaja berbagai-bagai program di TV.

Menerusi video terbaru yang baru sahaja dimuatnaik oleh Vida, dia memberi pesanan kepada sesiapa yang sering mengutuk dan menfitnah dirinya di media sosial mahupun di realiti. Ini luahannya;

“Fitnah dah kutukan, luar biasa kepada saya, susah payah saya bina empayar. Menaja menaja dan menaja. Apa yang saya dapat, mengutuk saya! menghukum saya!”

“Padahal tak tahu kebenaran, hingga bisnes saya down! Bagi bunga dapat tahi, maka jawablah nanti..Allah ada..”

Buat para ‘haters’, mungkin kena kurangkan sedikit kebencian anda sampai tak sedar anda telah menfitnah orang yang bersalah. Kadang-kadang pelik juga, yang ramai-ramai suka kutuk dan fitnah ini kenapa masih setia ‘follow‘ di Instagram?

Artikel SebelumnyaKahwin Sekadar Gimik? Zulin Aziz Perjelaskan Keadaan Sebenar
Artikel SeterusnyaGambar Bogel Lelaki Mirip Penyampai Radio Popular Pula Didakwa Tersebar
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.