Brooklyn Beckham, anak sulung legenda bola sepak Inggeris, David Beckham, telah mencetuskan kontroversi di kalangan netizen dari China kerana berkongsi foto di Instagram yang mentertawakan pelancong China di Itali.
Posting yang telah dipadamkan menunjukkan pelancong China di sebuah gondola dan seorang wanita asia membeli-belah di sebuah pasar raya tempatan di Venice, dengan kapsyen
“No place like Italy innit.” (tiada tempat seperti di Italy kan?)
Menurut South China Morning Post, gambar itu mendapat lebih 100,000 likes termasuk dari dua adik lelakinya sebelum ia dipadamkan.
Banyak pengguna media sosial dari China meluahkan kemarahan mereka terhadap imej dengan meninggalkan komen sebegitu pada halaman Instagramnya.
Ada netizen menuduhnya bersikap “perkauman” dan “menghina China,” dan menuntut permohonan maaf kepada pelancong dari China atau Asia dalam postingnya.

Baru-baru ini Brooklyn dibayar USD$ 131,000 untuk membintangi iklan untuk jenama telefon pintar China iaitu Huawei.
Akaun Instagram Beckham, yang mempunyai 11.6 juta pengikut itu telah diprivasikan berikutan serangan balik terhadap post tersebut.
Akaun Instagram David Beckham dan Victoria Beckham juga menjadi sasaran para netizens yang marah yang terus menuduh mereka sebagai ibubapa yang tidak baik.
Ramai pengguna Twitter juga berang dan komen mengenai kontroversi ini:
Hey Brooklyn Beckham. Perhaps you can ask that lady first if you want to take a photo of her. Besides, don’t act like you never go to a Chinatown. Kid there are so many things you have to learn. Don’t make the judgment easily. Finally, don’t play with fire and don’t be a coward.
— ? (@ambersong1225) October 5, 2018
You are just a tourist, the same as people on your photo. So what makes you feel different,Your father or your smart brain?@brooklynbeckham
— songyi (@songyi99) October 5, 2018
Asians have deeply felt racism, you're not Asian, you never understand.
— Chailyn (@Chailyn__) October 5, 2018
David Beckham baru-baru ini telah membuat beberapa projek berjuta-juta dolar di China, sementara isterinya Victoria juga muncul dalam kempen pengiklanan di negara ini.
Kami berharap agar isu ini menjadi pengajaran kepada Brooklyn dan juga yang lain kerana isu Rasis ini sememangnya tidak relevan lagi.