Masih segar di ingatan kami pada tahun 2006 apabila penyanyi dan pengacara, Adibah Noor menang besar dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 21. Bukan sahaja dinobatkan sebagai juara kategori balada dan vokal terbaik, malah Adibah menerusi lagunya, ‘Terlalu Istimewa’ berjaya meraih gelaran Juara Lagu ke 21.

Terlalu Istimewa Dimainkan Di ‘Majlis Yang Salah’

Terbaru, ada sesuatu yang menarik perhatian kami apabila Adibah memberi pendapat mengenai single nya itu. Menurut penyanyi ini, kadang-kala terdapat sesetengah pihak telah salah memainkan lagu tersebut di acara tertentu termasuklah di majlis perkahwinan.

Ilham Dari Tragedi Menyayat Hati 

Saran Adibah lagi, lirik lagu Terlalu Istimewa ini punyai maksudnya yang tersendiri. Terlalu Istimewa dendangan Adibah ini telah digubah oleh komposer Azlan Abu Hassan dan liriknya ditulis Adibah sendiri.

Ramai yang masih tidak tahu ataupun terlupa. lagu ini sebenarnya diilhamkan daripada kes yang menyayatkan hati melibatkan Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani, seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol sampai dibunuh dalam satu kes jenayah yang dihebohkan pada awal tahun 2004. Al-Fatihah.

Artikel SebelumnyaPenggiat Industri Muzik Mahu Boikot Dato Seri Vida!
Artikel SeterusnyaBaru Tahu! Ini Sebabnya Aishah Turun Berat 27 Kg Dalam Masa 7 Bulan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress