Awal bulan yang lalu, tular seketika mengenai khabar berita bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo (CR) yang didakwa telah merogol seorang wanita yang dikenali sebagai Kathryn Mayorga, 34, pada tahun 2009 di sebuah hotel di Las Vegas.

Boleh Dikenakan Waran Tangkap

Ekoran daripada kes tersebut, CR boleh dikenakan waran tangkap sekiranya pihak di Amerika Syarikat (AS) membuat tuntutan ekstradisi. Terdahulu, pemain yang berusia 33 tahun itu sebelum ini memberitahu kepada lebih 75 juta pengikut media sosialnya bahawa dia sekeras-kerasnya menafikan dakwaan yang dibuat oleh wanita itu.

Boleh Lepas Dari Tindakan Mahkamah

Bagaimanapun, berita baik untuknya, CR boleh mengelakkan dari berdepan mahkamah AS berhubung dakwaan rogol sekiranya dia mengambil keputusan untuk kembali ke negara asalnya, Portugal. Ini kerana waran tersebut tidak boleh digunakan untuk suspek yang tinggal di negara mereka sendiri.

“Peraturan di Eropah dan AS adalah berbeza, dan pihak berkuasa Amerika mempunyai kemungkinan untuk memohon ekstradisi Ronaldo melainkan dia berada di Portugal.” – Profesor Emilio Cortes, seorang peguam terkemuka di Sepanyol

Amaran waran tangkap itu diterimanya seminggu selepas polis Las Vegas membuka semula siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh Kathryn dan memberi kesan pada kontrak CR selama empat tahun bersama pasukan Juventus sejak Julai lalu.

SUMBERMirror UK
Artikel SebelumnyaNoorkumalasari Jawab Dakwaan Anita Sarawak Hidapi Kanser
Artikel Seterusnya‘Aku Rasa Terhina’- Jalil Hamid Terkejut Dengan Bayaran Yang Ditawarkan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress