“Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”. Itulah perumpamaan yang sesuai digambarkan buat bakat yang diwarisi oleh anak kepada Siti Saerah, Ummi Umairah.

IKLAN

Suara Merdu Umairah Dipuji

Baru-baru ini, anak sulung Saerah mendapat perhatian apabila video dia menyanyikan lagu ibu saudaranya, Dato Sri Siti Nurhaliza yang berjudul Anta Permana dipuji ramai netizen. Malah populariti kanak-kanak ini juga meningkat naik setelah netizen mula kagum akan kelunakan suara yang dimilikinya.

View this post on Instagram

Menimbang rasa sedap ke edok? @sitisairahtarudin @ctdk

A post shared by UMAIRAH (@umairah_sairahtarudin) on

Saling Tak Tumpah Seperti Siti Nurhaliza

Rata-rata netizen memuji bakat yang dimilikinya cukup besar. Melihatkan pada usianya, ada juga yang tidak menolak wajahnya serta perkembangan bakat suaranya saling tidak ubah seperti Siti Nurhaliza.

BACA  Tahniah! Mawar Rashid & Raf Yaakob Selamat Timang Cahaya Mata

Dilahirkan dalam keluarga seni, kami percaya Umairah berpotensi besar sekiranya terlibat secara langsung dalam dunia seni dewasa kelak.