Kasihan pula kami melihat nasib penyanyi Aishah yang dikecam netizen ekoran isu yang melibatkan dirinya dan usahawan Dato Seri Vida mengenai barangan kemas yang didakwa sebenarnya palsu.

IKLAN

Dituduh Melaga-Lagakan Netizen

Meskipun kemelut di antara mereka semakin hampir diselesaikan, pelbagai tohmahan terus diterima Aishah seolah-olah dirinya merupakan punca kepada segala permasalahan. Ini termasuklah mengenai tuduhan yang dilemparkan padanya baru-baru ini dimana dia dituduh sebagai punca peminat-peminatnya dan Vida saling bertelagah mempertahankan selebriti kesayangan mereka.

Kesal Dengan Pelbagai Tuduhan

Luah Aishah di Instagram nya,dia begitu kesal dengan tuduhan tersebut sehingga memaksa dia memuat naik kenyataan yang dilemparkan padanya.

BACA  Fattah Amin Rasa Bersalah! Nafi Tipu Duit Stokis Perniagaan

Seperti terlalu berat tuduhan tersebut, Aishah mengharapkan dirinya akan terus kuat menghadapi pelbagai ujian dan tuduhan. Malah peminat-peminatnya turut mengharapkan Aishah tidak akan putus asa dan terus menghasilkan karya yang terbaik.