Oktober adalah bulan buat pencinta filem seram tegar dimana pelbagai karya-karya seram terbaik seluruh dunia termasuk tempatan ditayangkan. Malah Oktober juga adalah bulan dimana Halloween berlangsung dan disebabkan itu jugalah ada filem yang sengaja ditayangkan pada bulan ini. Tidak dilupakan filem-filem yang sudah ditayangkan lebih awal daripada bulan ini yang masih segar dalam ingatan kami.

5 Filem Seram Terbaik Pilihan Hangat.com 

Pelbagai filem seram sudah kami tonton! Ada yang meninggalkan kesan dan ada juga filem yang begitu mengecewakan. Rata-rata pembaca setia kami pasti ingin mengetahui filem seram yang manakah menjadi pilihan kami bukan?

Dari segi penilaian segala aspek, 5 filem seram dan mencemaskan ini kami kongsikan untuk anda sebagai wajib tonton! Ada diantaranya yang membuatkan kami terasa ingin keluar dari pawagam kerana jump scare yang boleh dikatakan agak ekstrem! Pastikan anda mengikuti setiap perkembangan kami bagi penilaian filem-filem terbaik dalam dan luar negara.

BACA  Datuk Yusof Haslam Saman Individu Sebar Cetak Rompak Filem Munafik 2!

1. Beddua : The Curse

Suka untuk kami letakkan filem ini sebagai filem paling seram pada tahun ini! Daripada pengarah filem Siccin yang tular kerana elemen seram yang dipaparkannya, Beddua boleh dikatakan naskhahnya yang terbaik. Namakan sahaja elemen yang ada pada sesebuah filem seram, segalanya ditonjolkan secara maksimum dan plot twist yang tidak diduga. Sememangya menyeramkan!

2. Sebelum Iblis Menjemput

Sebelum tayangan Beddua, Sebelum Iblis Menjemput sebuah karya dari Indonesia terlebih dahulu kami letakann sebagai filem yang paling seram. Jika bagi kedudukan di Asia barangkali inilah filem seram yang terbaik!

Sinematografi nya digarap dengan lengkap dan kemas malah pelakon-pelakonnya juga berjaya membawakan watak mereka dengan begitu baik. Pastikan anda menonton filem ini berteman, jika tidak pasti anda akan mengigil ketakutan.

BACA  [REVIEW] Beddua: The Curse Papar Elemen Mengejut Terlampau Ekstrem

3. Hell Fest

Hell Fest sebenarnya bukanlah diletakkan di dalam kategori filem seram. Namun elemen tersebut masih ada dalam filem thriller/psiko ini. Siapa sangka daripada satu keseronokan ianya bakal membuat anda berkerut muka dan tidak keterlaluan jika kami katakan anda akan membayangkan adegan filem ini setiap kali masuk ke pesta permainan yang mempunyai rumah hantu. Pasti anda akan lebih berhati-hati. Fight us!

5. The Nun

Sangkaan kami The Nun adalah filem terbaik sama seperti prekual nya sebelum ini, Annabelle dan The Conjuring. Namun sangkaan kami sedikit meleset dengan jalan ceritanya. Barangkali ini adalah filem pertama yang menceritakan segala-galanya. Bagaimanapun, The Nun masih kami letakkan sebagai 5 filem seram terbaik pada tahun ini apatah lagi watak Valak begitu popular di kalangan netizen.

Artikel Sebelumnya‘Ada Hati Nak Panggil Orang Sendu’- Diana Danielle
Artikel SeterusnyaNatasha Hudson Sah Bercerai Buat Kali Ketiga
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress