Sebentar tadi, telah berlangsungnya American Music Award (AMA) 2018 di mana dalam majlis ini penghargaan diberikan buat penggiat industri muzik Hollywood sepanjang karier mereka pada 2017 dan 2018.

Taylor Swift Menang Besar

Dalam AMA 2O18, Taylor Swift muncul sebagai pemenang menerusi beberapa anugerah utama sekaligus menyaksikan penyanyi ini menang besar! Bukan sahaja memenangi anugerah dalam kategori ‘Favourite Album Pop/Rock , Favourite Female Artist Pop/Rock’ dan ‘Tour of The Year’, malah dia turut meraih gelaran ‘Artist of The Year’ buat kali keempat berturut-turut!

Catat Sejarah AMA, Bakal Lebur Rekod Michael Jackson

Menerusi kemenangannya itu, Taylor dinobatkan sebagai satu-satunya penyanyi yang mendapat gelaran tersebut empat kali berturut-turut serta menjadi penyanyi wanita yang mendapat anugerah AMA terbanyak dalam sejarah iaitu sebanyak 23 anugerah sekaligus digelar sebagai Ratu AMA.

BACA  Elly Mazlein & Shuk Sahar Perjelas Panggilan Diri Sebagai 'Papa & Mama'

Sebelum ini rekod tersebut disandang oleh penyanyi lagenda, mendiang Whitney Houston dengan 21 anugerah manakala untuk penyanyi yang mendapat paling banyak anugerah secara keseluruhan pula dipegang oleh mendiang Michael Jackson yang mendapat 24 anugerah. Sekiranya Taylor menang sekali lagi dalam AMA pada tahun hadapan, cukup dengan dua anugerah dia bakal melebur rekod raja pop itu. Benar-benar Taylegend!