Kenyataan dari usahawan kosmetik Dato Seri Vida dengan melabelkan artis yang menyertai program nyanyian poular sebagai ‘sendu’ telah mengundang rasa kurang senang golongan artis. Ada yang menganggap ia agak keterlaluan seolah-olah artis yang menyertai program tersebut terdesak.

Susulan dari isu itu, beberapa nama besar dalam industri hiburan seperti Fauziah Latiff, Noraniza Idris dan Que Haidar telah menyuarakan rasa kurang senang.

Tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, pelakon Datin Diana Danielle juga telah meluahkan rasa kesal menerusi IG Storiesnya.

Salah Tafsir Istilah ‘Sendu’

Menerusi penjelasan Vida semasa sidang media semalam,  dia meminta artis lain supaya tidak cepat melatah dengan kenyataan tersebut. Vida berpesan supaya jangan salah tafsir istilah ‘sendu’ yang dia maksudkan. Tambahnya lagi dia tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri.

Artikel SebelumnyaTaylor Swift Pecah Rekod Hollywood! Menang Besar Di AMA 2018
Artikel Seterusnya5 Filem Seram Ini Dikategorikan Antara Yang Terbaik!
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.